Thursday, October 6, 2011

Lebih baik giler kereta

Salam satu Malaysia.....

          Saya kembali menulis setelah sekian lama menyepi. Hampir empat bulan rasanya. Alhamdulillah, kini keluarga saya semakin lengkap. Saya baru saje dapat Hero sulong. Gembira bukan main semua orang lagi-lagi husband saya. Katenye dah ada orang tolong pegang spanar nanti...hehhe. Memang sejak kebelakangan ni hubby saya minat sangat dengan kereta-kereta classic ni.  Jadi kalau dah pakai kereta lama ni tentunya tak lari daripada kerja "merepair" ni.



            Cerita pasal kereta ni memang bukan interest saya dan ramai lagi wanita di luar sana. Apa yang biasanya wanita kesah pasal kereta ni janji cantik, selesa dan tak meragam. Itulah sebabnya saya lebih gemar kalau pakai kereta baru. Tak payah nak pening-pening fikir problem kereta meragam. Lain pulak dengan hubby saya ni, mungkin juga kepuasan yang dia nak dengan "repair and make up sendiri kereta classic" tu.
            Memang mulanya saya "kureng" suka jugak la..tapi bila fikir-fikir balik lebih baik suamiku giler kereta daripada giler pompuan. Itu lagi peningkan kepala kan..betul tak???

Saturday, June 11, 2011

Ambil Mudah....

Salam satu Malaysia! Dah lama saya tak menulis. Bukan kering idea tapi sejak kebelakangan ni banyak pulak kursus yg saya attend. Erm...maklumlah, sekarang ni pihak pengurusan dah mensyaratkan setiap staf mesti mempunyai kursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun.

Alhamdulillah minggu lepas saya dah pun attend kursus berkenaan keselamatan. Menarik, banyak benda baru yang selama ni kita fikirkan mudah sebenarnya sangat berisiko untuk diuruskan. Contohnya macam pengurusan tangki logistik. Kerja pengurusannya agak menggelikan dan merbahaya. Yelah, dekat ruang-ruang sempit dan terkurung macam tu segala bendasing, toksik dan gas-gas semulajadi yang mungkin beracun boleh jadi ada.

Pasal keselamatan ni rasenya klu di Malaysia masih dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Entahlah, mungkin mentaliti masyarakat kita yang masih belum maju "tak selari dengan kemajuan negara" menyebabkan isu keselamatan ni dianggap remeh. Berdasarkan pengalaman, saya pernah nampak pekerja sebuah syarikat ni betulkan wiring dekat tiang letrik tepi jalan tu panjat tangga dengan pakai selipar je. Jauh sekali pakai peralatan keselamatan yang disarankan.

Entahlah ye, mungkin kalau dh jadi kemalangan atau anything yang tak baik barulah kita nak buka mata. Masa tulah, semua pihak nk tuding menuding macam lagu "bangau oh bangau". Macam apa yang dah berlaku pada student saya masa buat praktikal. Dia terjatuh semasa buat penyelenggaraan tiang lampu dan ditakdirkan lumpuh hingga paras tengkuk. Saya mungkin tak ralit sangat jika pelajar tersebut keadaannya tidak seteruk itu. Lebih menyedihkan apabila saya tahu yang syarikat tersebut tidak membekalkan sebarang 'safety equipment' semasa kerja-kerja tersebut. Dalam keadaan macam ni, semua pihak saling menyalahkan. Syarikat kata, institusi hantar pelajar yang tidak kompeten untuk menjalani praktikal. Tapi kalau ikut logiknya memangla, pelajar yang belum tamat pengajian tidak kompeten sebab itulah kene attend praktikal. Betul tak???

Tuesday, May 10, 2011

Emas, Perak atau Wang !!

Sejak kebelakangan ni opismate saya sibuk dengan topik emas...yela, wanita dan emas memang tak boleh nak dipisahkan. Tambahan pulak sekarang ni harga emas kian jatuh. Entahlah, katenya selari dengan penurunan US dollar dan mungkin akan turun sehingga bulan Julai. Pada golongan wanita ni la peluang yang kami tunggu. Yelah, dapat menambah koleksi gelang dan cincin...hehehe. Pusing la kejap kepala suami saya nanti.

Saya ni bukanlah kaki pengumpul barang kemas tapi sejak kebelakangan ni interest terhadap logam berharga ni makin mendalam pulak. Mungkin sejak saya terbaca beberapa blog tentang dinar dan dirham dan keuntungan yang kita perolehi jika terlibat dengan pelaburan emas. Memang betul, dalam dunia ni di mana-mana pun sama je. "Emas adalah logam paling berharga". Kalau ikutkan zaman nabi dulu segala urusniaga jual beli barang semuanya pakai emas dan perak. Kemudian, selari dengan perubahan zaman, barulah logam-logam lain macam timah dijadikan wang. Selain tu kulit kerang dan siput pun pernah dijadikan wang tunai tapi ia hanya berharga untuk satu-satu kawasan tertentu je. Tak macam emas dan perak ni seluruh umat manusia mengiktiraf nilainya.


Zaman sekarang ni mane ada urusniaga jual beli pakai emas. Semuanya pakai tukaran tunai...atau sinonim dengan wang. Wang tunai hanyalah sekadar kertas yang iktiraf oleh sesebuah kerajaan tertentu sahaja. Contohnya Ringgit Malaysia. kalau kita shopping kat US depa mana layan duit kita. Sama jugak kalau orang Indon datang nak shopping kat Malaysia. Bayaran yang peniaga kita terima mesti dalam Ringgit Malaysia. Erm..kalau kita nak rasa jadi orang kaya kejap, pegila ke negara-negara yang nilai tukaran wangnya lagi rendah pada duit Malaysia. Macam saya, pengalaman 2 tahun lepas shopping kat Bukit Tinggi Indonesia, merasa la pegang duit jutaan rupiah...hehehe.
  
Erm...duit kertas, syiling, emas dan perak.....Dah tentu emas dan peraklah yang paling berharga. Kalau tak takdelah kes ragut gelang dan rantai. Semuanya sebab nak duit segera dan mudah untuk beli barang keperluan dan meneruskan kehidupan. Entahlah, ape nak jadi dengan zaman sekarang ni. Semoga kita semua tak jadi manusia yang tamak haloba. Berebut dan bersengketa hanya untuk memiliki barang berharga ni...Yup..itulah benda yang paling saya takut. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya agar hati-hati kita tidak ditutup dengan sifat tamak...aminn.

Tuesday, April 26, 2011

Betulkah Anak Melayu Orang Pertama Mengelilingi Dunia ???

Pagi tadi saya bertugas sebagai pensyarah yang menjaga exam. Jadi untuk mengelakkan rasa bosan dan mengantuk saya mula berangan dan teringat kisah dalam novel yang saya baca beberapa bulan lepas. Enrique..sebuah pelayaran tajuk novel tersebut. Pada saya garapan penulis dalam novel tersebut memang menarik dan amat mengujakan saya untuk membaca dari kulit ke kulit dan mengingati plot ceritanya. Kisah tentang anak melayu yang bernama Mazil dalam pengembaraannya ke Eropah untuk menjejaki mitos Panglima Awang Hitam. Sapa Panglima Awang ni?

Panglima Awang ni dikatakan orang yang pertama mengelilingi dunia. Bukan Christoper Columbus seperti yang tercatat dalam sejarah. Yup, memang mengujakan sebab tu saya beria-ria nak menghabiskan novel tulisan Dr HM Tuah ni. Dulu masa belajar sejarah zaman tingkatan 4, cikgu sejarah saya memang ada bercerita tentang mitos ni.

View Image
Menurut lagenda, Panglima Awang ni merupakan panglima perang di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jadi, semasa Melaka ditawan oleh Portugis. Beliau ni telah menjadi tawanan perang dan di bawa pulang ke Portugal. Erm, sebab tula watak Mazil dalam novel ni mengembara sampai ke Eropah untuk menjejak tinggalan Panglima Awang ni. Panglima Awang ni dikatakan seorang yang gagah dan mahir dalam ilmu persilatan. Oleh sebab itu, dia telah dilantik sebagai pembantu kepada panglima pelayaran Portugis pada zaman tu.

Semasa pelayaran ke timur untuk meluaskan jajahan dan dagangan, Panglima Awang dan rombongannya telah singgah di Kepulauan Mindanao. Kebetulan semasa pelayaran tu, panglima portugis tu dah menemui ajal jadi Enrique 'nama Portugis Panglima Awang' telah meneruskan pelayaran tersebut. Ikut ceritanya, mereka pergi ikut jalan timur dan balik semula ke Portugis ikut jalan barat. Erm, jadi tak secara langsung Panglima Awang ni dah mengelilingi dunia sebab pada zaman dulukala bumi ni teorinya bukan bulat. Jadi kalau datang belayar ikut timur, balik pun kene ikut timur jugakla.

Panglima Awang ni juga dikatakan telah berkahwin dengan wanita bangsawan di Portugis dan menetap di sana di satu tempat yang dinamakan Malaqa. Dia bagi nama tempat tu Malaqa untuk memperingati tempat asal kelahirannya iaitu Melaka. Erm, logik jugak kan..

Berbalik pada novel tadi, dalam pengembaraan Mazil ke Eropah ni, dia telah membuat beberapa catatan dan mengirimkan catatannya kepada anak, isteri dan bapa mertuanya. Tapi catatan Mazil ni terhenti selepas beberapa bulan iaitu selepas dia berjumpa dengan seorang wanita. Selepas pada tu, catatan Mazil tidak diterima lagi. Orang yang paling kecewa adalah bapa mertua Mazil kerana beliau sanggup menggadaikan sebidang tanah untuk menampung perbelanjaan menantunya ke sana.

Erm, watak wanita dalam novel ni sengaja diletakkan untuk menamatkan pencarian Mazil pada mitos ni. Tak adilkan, orang selalu menyalahkan wanita disebalik sesuatu kegagalan. Dulu masa saya melawat pelajar dalam latihan industri pun, ahli perniagaan tu cakap benda yang sama. Orang melayu biasanya gagal dalam bisnes sebab perempuan...entahlah....

Berbalik pada kisah Panglima Awang tadi, walaupun tiada manuskrip yang mencatat peristiwa tersebut sama seperti Lagenda Hang Tuah iaitu Pahlawan Terunggul Melayu era kesultanan Melayu Melaka. Tetapi penceritaan kisah tersebut tetap wujud dari generasi ke generasi. Betul tak?

Wednesday, April 20, 2011

Hidup di asrama...

Dulu saya duduk asrama masa form 1. Memang mak dan abah hantar kami semua masuk asrama seawal usia form 1 sebab nak kami semua pandai berdikari. Banggalah jugak mak dan abah hantar saya masuk asrama. Yelah, dorang berdua orang kampung je, belajar pun tak tinggi. Alhamdulillah, saya masuk pulak antara sekolah paling top la kat daerah masa tu.


Bila student form 1 yang duduk asrama maka macam-macam storylah..Maklumlah, baru belajar-belajar buat semua benda sendiri. Macam-macam benda kelakar ada. Ada yang bawak baju sampai 2, 3 bagasi..macam nak duduk berkampung kat asrama. Ada pulak yang bawak barang betul-betul ikut dalam list surat tawaran. Macam kawan saya ni, die tak bawak langsung sikat rambut, bedak & barang toiletrist sebab dalam list takde. Erm..tak pelik sebab dia anak sulong. Parent pulak takde experience duduk asrama. Yang paling kelakar, ada kawan saya ni takda sarung bantal sebab sarung yang die bawak tak muat nak sarung bantal asrama yang gebu ni. Katenye, dek kerana nak sangat ikut ukuran dalam list offer letter, mak die tergunting lebih sampai jadi empat segi sama...hehhehe

Go to fullsize imageMalam pertama tidor di asrama memang HORROR. Maklumlah, senior dah tabur macam-macam cerita. Paling takut kalau nk terkucil tengah-tengah malam. Rase macam nak simpan je, sampai esok pagi. Kalau gosok gigi waktu malam pulak saya tak pernah tengok cermin..bukan ape takut ade yang memandang dari belakang..hehehe.

Setiap kali bangun pagi saya memang rasa berdebar-debar. Bukan sebab malas nak pergi kelas tapi sebab takut miss turn masuk toilet. Kalau bangun dekat pukul 6, alamatnya kena mandi berkemban lah dekat kolah. Asrama saya selalu ada masalah air, setiap malam sebelum tido kami kena bekerja keras untuk menakung air dalam baldi. Bila dah penuh air, baldi tu kami angkat dekat toilet dan tutup dengan kain basahan. Satu sebab nak elak bendasing yang tak diingini masuk. Satu lagi sebab nak elak air kena curik.
Bab curi air dalam baldi ni biasa je kat asrama sebab kalau dah emergency nak ter....matlamat untuk memenuhi impian tu menghalalkan segala cara...


Erm, seronok bila ingat semua tu..Sekarang sekolah saya tu pun dah jauh berubah. Dah cantik. Semak samun dan belukar belakang sekolah pun dah takde. Alhamdulillah, syukor pada Nya.

Sunday, April 17, 2011

Pelaburan dinar

Sejak kebelakangan ni, officemate saya sibuk dengan investment. Paling ramai plan nak beli dinar emas atau gold bar. Saya pun tak ketinggalan. Sejak semalam saya mula baca blog-blog tentang  gold bar atau syiling dinar. Kebanyakkannya bagi reaksi positif. Memang pun matawang emas adalah yang paling stabil dan tak mungkin susut nilainya.
Tapi ntah kenapa saya masih berkira-kira lagi nak melabur. Yelah, paling tidak pun orang kata try la beli 1 dinar dulu. Nilai terkini satu syiling dinar dah mencecah RM684. Kalau goldbar pulak RM3310 utk 20 gram. Erm, memang patut pun kan kalau saya berkira-kira nak beli. Maklumlah, kalau beli gelang ke cincin, saya dh boleh menggayakannya ke office.

Kalau beli goldbar atau syiling dinar ni saya boleh simpan dalam bank. Atau  mungkin boleh pajak dalam Ar Rahnu. Katanya lebih untung daripada kita jual emas-emas tu. Ntahlah..saya masih berfikir-fikir lagi. 






Wednesday, April 13, 2011

Mana lebih baik!

Baru-baru ni ade universiti yang datang buat offer di tempat kerja saya untuk staf yang berminat sambung master secara out campus. Menarik!. Cost agak murah & kami hanya perlu attend kelas di sini je. Yang paling best sebab dapat belajar dengan kawan-kawan sendiri dan dijanjikan lulus oleh pihak universiti. Yang tak menariknya cuma kena KORBANKAN weekend space untuk family.



Saya dah mula dalam dilemma. Untuk pergi kelas jauh-jauh semata-mata nak dapatkan scroll master memang saya malas. Ditambah pulak sekarang ni dengan anak yang kian bertambah. Maka bertambah peningla kepala dengan kerja, assignment, kelas dan cost. Yup! Cost hidup memang makin tinggi lepas ni.
Terpaksalah saya melupakan hasrat nak menambah koleksi gelang emas...hehehhe.

Saturday, April 9, 2011

Senyum...tak boleh kata apa-apa

"Senyum..Tak boleh kata apa-apa"...lirik lagu yang anak saya tukar dan hari-hari nyanyi sekarang ni. Erm, sesuai juga lirik tu kalau kena buat sesuatu yang kita malas atau kena paksa buat. Perkara begini memang biasa dan menjadi lumrah dalam kehidupan terutamanya kepada kita yang bekerja dalam sesebuah organisasi.

Ayat biasa yang ketua kita bagi..U have to do this to get this..Walau tak suka kena buat kan. Tapi kalau pandai tepis selamat la..Kalau tak jawabnye baik bos sambil senyum. Tapi  bukan senyum seikhlasnya dan paling manis. Senyuman paling manis kata penceramah yang bagi talk ditempat kerja saya 3 tahun lepas adalah bila kita sebut THREE. Tak caya cubalah sebut sambil pandang cermin. 1, 2, 3..mane paling manis?...tapi pastikan takde siapa tengok kita masa buat gitu..kalau tak jadi macam saya. Anak saya tanye "ibu cakap dengan sape tu ?".

Tuesday, April 5, 2011

Menerima dan Memaafkan

Sejak kebelakangan ni banyak sangat kes-kes perceraian artis. Memang dahsyat kawin tak sampai sebulan sedangkan bercinta bertahun-tahun. Entahlah, ape agaknya masalah mereka tu. Mungkin disebabkan pergaulan yang bebas dan terbuka membuatkan pasangan jelous dan mula berprasangka. Bukan maksudnya golongan bukan artis ni dijamin hidup bahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa. Orang biasa pun ramai juga yang bercerai berai.

Baru-baru ni, jiran sekampung saya yang dah agak lanjut usia bercerai dengan suami yang baru dinikahinya setahun. Kalau tak salah mak kata umur makcik tu dah masuk 70's. Melopong kejap mulut saya bila mak saya buka cerita lepas balik kenduri. Sedih pun ada bila dengar kes macam tu. Pada hemat saya diusia macam tu alangkah indahnya kalau hidup dikelilingi anak cucu bukannya kena turun naik mahkamah dek kerana rumahtangga yang punah.

Macammana agaknya nak mengekalkan sesuatu hubungan ye???. Ada orang kata sebelum kahwin tak sempat nak kenal hati budi sebab tu takde persefahaman. Pasangan tak cinta satu sama lain la, masalah duit dan seribu satu macam alasan lagi. Tapi pada saya dalam sesuatu perhubungan yang paling penting adalah menerima dan memaafkan...Cinta sahaja tak cukup untuk menjamin kebahagiaan kerana cinta pada manusia bukanla cinta hakiki yang kekal selamanya.

Oleh yang demikian, kita kena sentiasa bersifat Menerima dan Memaafkan kerana pastinya Allah lebih tahu dengan segala yang telah ditakdirkannya. Yakin dan redhalah bahawa DIA telah menganugerahkan pasangan yang dapat melengkapi segala kekurangan serta kelemahan yang kita miliki.

Wednesday, March 23, 2011

Kuasa Allah

Erm...dah lama saya tak menulis. Agak sibuk kebelakangan ni. Lagi-lagi dah hujung semester. Masa ni la nak kene habiskan silibus, nak marking accessment student dan macam-macam la pulak kerja  yang tiba-tiba je muncul..huh.

Minggu lepas kita baru je dikejutkan dengan musibah tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun. Satu dunia gempar dan terkejut tengok Jepun macam ala-ala lepas kena bom macam masa Hiroshima kena bom dulu. Habis semuanya musnah, jalan raya, bangunan cantik dan mewah, deretan kereta. Kalau tengok dalam gambar yang dipost drpd emel, keadaan kat Jepun dah macam lepas kena serang dengan raksaksa macam cerita ultraman yang selalu main kat tv. Tapi teruk lagi rasanya sebab rumah, kapal laut yang besar boleh memuatkan beratus penumpang tu boleh tersadai ditengah jalan raya yang jauh berkilometer daripada pantai.

Erm..itulah kuasa Allah kalau dia nak turunkan musibah sekejap je. Kita yang masih selamat dan sihat sejahtera ni sepatutnya memanjatkan kesyukuran pada Nya...Aminnnn.

Wednesday, February 9, 2011

Stress! Stress! Stress!

Erm, dah lama saya tak menulis ni. Rasa macam beku je idea untuk menulis. Agaknya lama penangan cuti raya cina. Orang Cina yang raya tapi yang sakan cuti orang Melayu kita. Erm, biasela, masa cuti-cuti macam ni la kita nak balik kampung, buat kenduri kahwin, kenduri arwah dan segala macam aktivitila.

Manusia dan stress memang tak bole lari. Kalau banyak kerja pun stress, takde kerja pun stress. Sekarang ni macam-macam kaedah/ kursus dah ada untuk menangani masalah stress ni. Agaknya dah ramai sangat orang kat Malaysia ni yang stress. Yelah, bila baca baca, tengok berita ada je kes bunuhla, bunuh dirila, simbah asid la. Kalau dikaji hujung pangkalnya semua tu sebab stress. Stress sebab takde duit, masalah keluarga, masalah emosi..dan segala macam masalah lagi.


                                             sumber : www.bized.com/stressmanagement.html/

Yang hidup dibandar kata korang yang duduk kampung ni relaks la, takde stress. Tak macam kat bandar bising, taraf hidup tinggi, barang semua mahal, masalah jalan jem nak pergi atau masa balik dari tempat kerja dll. Erm, yela. Mentang-mentangla kita orang kampung ye. Betul ke duduk kampung tak stress. Entahla, mungkin.

Tapi ade jugak yang kata duduk kampung ni bosan/Stress. Lagi-lagi yang anak-anak muda ni, stress tak tau nak buat apa. Tu yang jadi Mat Rempit dan Mat Gian. Erm, itulah manusia. Mungkin sebab itu Islam mengajar kita untuk bersyukur dan mensyukuri segala nikmat yang telah diberi.

Monday, January 31, 2011

Kesabaran dalam Kemarahan Didik Anak

Anak-anak adalah anugerah Allah dan harta yang tak ternilai dimiliki oleh setiap ibu bapa. Erm..sekaya mana pun kita tetap tidak menjamin utk ke syurga melainkan tiga perkara antaranya doa drpd anak-anak yang soleh. Bagaimana nak mendapat anak yang soleh?

Kalau dilihat pada realiti hari ini. Anak-anak bukan lagi dijaga sepenuhnya oleh ibu kerana kebanyakan wanita kini mempunyai karier termasuklah saya sendiri. Anak-anak dihantar ke nursery, pengasuh dan tak kurang juga dibela oleh bibik. Erm,..mungkin sudah trend atau tuntutan alam kini yang memerlukan suami dan isteri bekerja bagi menampung perbelanjaan dan gaya hidup yang kian meningkat.

Anak-anak zaman sekarang ni banyak cabarannya. Kadang-kadang saya sendiri hampir hilang kesabaran dengan kerenah anak-anak. Yelah, kita penat balik kerja, diorang pulak buat hal. Paling letih bila time-time sakit demam. Mulalah mengada-ngadanye lebih sikit. Kebetulan saya pulak dianugerahkan anak-anak agak rapat. Hanna 2 tahun lebih, Hadda pulak dah setahun lebih. Pening dan pusing kepala kadang-kadang tu. Dua-dua nak jadi heroin, sapa paling dapat perhatian ibu, papa, atuk nenek, makcik dan pakcik..huh..itulah anak-anak.

Hanna memang keletah dan dah pandai baca tiga empat jenis doa. Terharu n bangga jugak kadang-kadang tu bila dengar die baca doa kuat-kuat masa nak makan atau bangun tido. Tapi yang paling terharu rasenya papa diorang ni la sebab die keje offshore. Setiap kali balik ada saje perkembangan positif yang anak-anak kami tunjuk.

Cabaran sekarang ni macammana nak ajar Hanna berkongsi semua toys, barang, buku, basikal dengan Hadda. Dah nasib anak kedua agaknye, semua dapat barang 2nd hand. Biasenye kalau kami beli barang mesti 2 set. Takut ade pulak adegan bergusti kat rumah nanti.

Satu lagi yang susahnya nak ajar hanna pergi toilet sendiri kalau nak membuang. Masuk ni dah banyak kali la die terbabas kencing kat carpet. Bukan die tak pandai cakap..Tapi mungkin dek kerana ralit main n tak suka kalau kita ingatkan kalau nak "tut" bagitau. Maka, selalulah ter....kat lantai.

Huh...memang marah. yelah tempat yang die ter tu pulak karpet. Nak2 pulak sekarang ni musim hujan. Maka adelah aroma yang kurang menyenangkan...erm..ape nak buat itulah cabaran bila dah berkahwin dan beranak pinak.

Sunday, January 30, 2011

Tenggelam Timbul Dunia Blog

Sudah sekian lama saya berhenti menulis dalam blog yang baru sangat usianya ni. Saya terpanggil menulis kembali bila ada rakan-rakan yang mula mengusik..Hai dah lama sangat senyap ni..Takut pulak nanti blog saya akan menjadi tukun dalam alam ciber ni.

Memang seronok kalau dah mula terjun dalam dunia blogger ni. Memang pada asalnya saya berminat menjadi blogger ni sebab teruja sangat tengok blog-blog resepi. Kebetulan masa tu hobi saya suka sangat buat kek coklat (Kenyangla kejap office mate merasa air tangan saya buat kek setiap minggu).

Erm..dunia blog ni sudah jadi semacam trend kini selain facebook. Setiap hari ada saja blog-blog baru yang mewarnai dunia cyber ni. Seronok macam-macam info ada, daripada info nak bercuti, jualan produk dan tak kurangya blog-blog santai mcm blog saya ni. Apa yang saya boleh simpulkan di situ mulalah persaingan sihat antara blogger untuk memastikan blog masing-masing sentiasa mendapat rating yang baik dikalangan pembaca.

Dunia blog global semakin canggih, banyak blog-blog yang menarik dan sangat infomatif. Erm, yang tenggelam timbul hanya penulis blog macam saya ni. Mungkin kerana masih baru dalam dunia ni, kekangan masa dan idea. Semoga tahun baru ni saya akan menjadi blogger yang konsisten...Amin.