Saya ni bukanlah kaki pengumpul barang kemas tapi sejak kebelakangan ni interest terhadap logam berharga ni makin mendalam pulak. Mungkin sejak saya terbaca beberapa blog tentang dinar dan dirham dan keuntungan yang kita perolehi jika terlibat dengan pelaburan emas. Memang betul, dalam dunia ni di mana-mana pun sama je. "Emas adalah logam paling berharga". Kalau ikutkan zaman nabi dulu segala urusniaga jual beli barang semuanya pakai emas dan perak. Kemudian, selari dengan perubahan zaman, barulah logam-logam lain macam timah dijadikan wang. Selain tu kulit kerang dan siput pun pernah dijadikan wang tunai tapi ia hanya berharga untuk satu-satu kawasan tertentu je. Tak macam emas dan perak ni seluruh umat manusia mengiktiraf nilainya.
Zaman sekarang ni mane ada urusniaga jual beli pakai emas. Semuanya pakai tukaran tunai...atau sinonim dengan wang. Wang tunai hanyalah sekadar kertas yang iktiraf oleh sesebuah kerajaan tertentu sahaja. Contohnya Ringgit Malaysia. kalau kita shopping kat US depa mana layan duit kita. Sama jugak kalau orang Indon datang nak shopping kat Malaysia. Bayaran yang peniaga kita terima mesti dalam Ringgit Malaysia. Erm..kalau kita nak rasa jadi orang kaya kejap, pegila ke negara-negara yang nilai tukaran wangnya lagi rendah pada duit Malaysia. Macam saya, pengalaman 2 tahun lepas shopping kat Bukit Tinggi Indonesia, merasa la pegang duit jutaan rupiah...hehehe.
Erm...duit kertas, syiling, emas dan perak.....Dah tentu emas dan peraklah yang paling berharga. Kalau tak takdelah kes ragut gelang dan rantai. Semuanya sebab nak duit segera dan mudah untuk beli barang keperluan dan meneruskan kehidupan. Entahlah, ape nak jadi dengan zaman sekarang ni. Semoga kita semua tak jadi manusia yang tamak haloba. Berebut dan bersengketa hanya untuk memiliki barang berharga ni...Yup..itulah benda yang paling saya takut. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya agar hati-hati kita tidak ditutup dengan sifat tamak...aminn.