Bila student form 1 yang duduk asrama maka macam-macam storylah..Maklumlah, baru belajar-belajar buat semua benda sendiri. Macam-macam benda kelakar ada. Ada yang bawak baju sampai 2, 3 bagasi..macam nak duduk berkampung kat asrama. Ada pulak yang bawak barang betul-betul ikut dalam list surat tawaran. Macam kawan saya ni, die tak bawak langsung sikat rambut, bedak & barang toiletrist sebab dalam list takde. Erm..tak pelik sebab dia anak sulong. Parent pulak takde experience duduk asrama. Yang paling kelakar, ada kawan saya ni takda sarung bantal sebab sarung yang die bawak tak muat nak sarung bantal asrama yang gebu ni. Katenye, dek kerana nak sangat ikut ukuran dalam list offer letter, mak die tergunting lebih sampai jadi empat segi sama...hehhehe
Setiap kali bangun pagi saya memang rasa berdebar-debar. Bukan sebab malas nak pergi kelas tapi sebab takut miss turn masuk toilet. Kalau bangun dekat pukul 6, alamatnya kena mandi berkemban lah dekat kolah. Asrama saya selalu ada masalah air, setiap malam sebelum tido kami kena bekerja keras untuk menakung air dalam baldi. Bila dah penuh air, baldi tu kami angkat dekat toilet dan tutup dengan kain basahan. Satu sebab nak elak bendasing yang tak diingini masuk. Satu lagi sebab nak elak air kena curik.
Bab curi air dalam baldi ni biasa je kat asrama sebab kalau dah emergency nak ter....matlamat untuk memenuhi impian tu menghalalkan segala cara...
Erm, seronok bila ingat semua tu..Sekarang sekolah saya tu pun dah jauh berubah. Dah cantik. Semak samun dan belukar belakang sekolah pun dah takde. Alhamdulillah, syukor pada Nya.
0 comments:
Post a Comment