Sudah sekian lama saya berhenti menulis dalam blog yang baru sangat usianya ni. Saya terpanggil menulis kembali bila ada rakan-rakan yang mula mengusik..Hai dah lama sangat senyap ni..Takut pulak nanti blog saya akan menjadi tukun dalam alam ciber ni.
Memang seronok kalau dah mula terjun dalam dunia blogger ni. Memang pada asalnya saya berminat menjadi blogger ni sebab teruja sangat tengok blog-blog resepi. Kebetulan masa tu hobi saya suka sangat buat kek coklat (Kenyangla kejap office mate merasa air tangan saya buat kek setiap minggu).
Erm..dunia blog ni sudah jadi semacam trend kini selain facebook. Setiap hari ada saja blog-blog baru yang mewarnai dunia cyber ni. Seronok macam-macam info ada, daripada info nak bercuti, jualan produk dan tak kurangya blog-blog santai mcm blog saya ni. Apa yang saya boleh simpulkan di situ mulalah persaingan sihat antara blogger untuk memastikan blog masing-masing sentiasa mendapat rating yang baik dikalangan pembaca.
Dunia blog global semakin canggih, banyak blog-blog yang menarik dan sangat infomatif. Erm, yang tenggelam timbul hanya penulis blog macam saya ni. Mungkin kerana masih baru dalam dunia ni, kekangan masa dan idea. Semoga tahun baru ni saya akan menjadi blogger yang konsisten...Amin.
0 comments:
Post a Comment