Sejak kebelakangan ni banyak sangat kes-kes perceraian artis. Memang dahsyat kawin tak sampai sebulan sedangkan bercinta bertahun-tahun. Entahlah, ape agaknya masalah mereka tu. Mungkin disebabkan pergaulan yang bebas dan terbuka membuatkan pasangan jelous dan mula berprasangka. Bukan maksudnya golongan bukan artis ni dijamin hidup bahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa. Orang biasa pun ramai juga yang bercerai berai.
Baru-baru ni, jiran sekampung saya yang dah agak lanjut usia bercerai dengan suami yang baru dinikahinya setahun. Kalau tak salah mak kata umur makcik tu dah masuk 70's. Melopong kejap mulut saya bila mak saya buka cerita lepas balik kenduri. Sedih pun ada bila dengar kes macam tu. Pada hemat saya diusia macam tu alangkah indahnya kalau hidup dikelilingi anak cucu bukannya kena turun naik mahkamah dek kerana rumahtangga yang punah.
Macammana agaknya nak mengekalkan sesuatu hubungan ye???. Ada orang kata sebelum kahwin tak sempat nak kenal hati budi sebab tu takde persefahaman. Pasangan tak cinta satu sama lain la, masalah duit dan seribu satu macam alasan lagi. Tapi pada saya dalam sesuatu perhubungan yang paling penting adalah menerima dan memaafkan...Cinta sahaja tak cukup untuk menjamin kebahagiaan kerana cinta pada manusia bukanla cinta hakiki yang kekal selamanya.
Oleh yang demikian, kita kena sentiasa bersifat Menerima dan Memaafkan kerana pastinya Allah lebih tahu dengan segala yang telah ditakdirkannya. Yakin dan redhalah bahawa DIA telah menganugerahkan pasangan yang dapat melengkapi segala kekurangan serta kelemahan yang kita miliki.
sape mcik tu wei.cer citer cer citer
ReplyDelete