Tuesday, April 26, 2011

Betulkah Anak Melayu Orang Pertama Mengelilingi Dunia ???

Pagi tadi saya bertugas sebagai pensyarah yang menjaga exam. Jadi untuk mengelakkan rasa bosan dan mengantuk saya mula berangan dan teringat kisah dalam novel yang saya baca beberapa bulan lepas. Enrique..sebuah pelayaran tajuk novel tersebut. Pada saya garapan penulis dalam novel tersebut memang menarik dan amat mengujakan saya untuk membaca dari kulit ke kulit dan mengingati plot ceritanya. Kisah tentang anak melayu yang bernama Mazil dalam pengembaraannya ke Eropah untuk menjejaki mitos Panglima Awang Hitam. Sapa Panglima Awang ni?

Panglima Awang ni dikatakan orang yang pertama mengelilingi dunia. Bukan Christoper Columbus seperti yang tercatat dalam sejarah. Yup, memang mengujakan sebab tu saya beria-ria nak menghabiskan novel tulisan Dr HM Tuah ni. Dulu masa belajar sejarah zaman tingkatan 4, cikgu sejarah saya memang ada bercerita tentang mitos ni.

View Image
Menurut lagenda, Panglima Awang ni merupakan panglima perang di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jadi, semasa Melaka ditawan oleh Portugis. Beliau ni telah menjadi tawanan perang dan di bawa pulang ke Portugal. Erm, sebab tula watak Mazil dalam novel ni mengembara sampai ke Eropah untuk menjejak tinggalan Panglima Awang ni. Panglima Awang ni dikatakan seorang yang gagah dan mahir dalam ilmu persilatan. Oleh sebab itu, dia telah dilantik sebagai pembantu kepada panglima pelayaran Portugis pada zaman tu.

Semasa pelayaran ke timur untuk meluaskan jajahan dan dagangan, Panglima Awang dan rombongannya telah singgah di Kepulauan Mindanao. Kebetulan semasa pelayaran tu, panglima portugis tu dah menemui ajal jadi Enrique 'nama Portugis Panglima Awang' telah meneruskan pelayaran tersebut. Ikut ceritanya, mereka pergi ikut jalan timur dan balik semula ke Portugis ikut jalan barat. Erm, jadi tak secara langsung Panglima Awang ni dah mengelilingi dunia sebab pada zaman dulukala bumi ni teorinya bukan bulat. Jadi kalau datang belayar ikut timur, balik pun kene ikut timur jugakla.

Panglima Awang ni juga dikatakan telah berkahwin dengan wanita bangsawan di Portugis dan menetap di sana di satu tempat yang dinamakan Malaqa. Dia bagi nama tempat tu Malaqa untuk memperingati tempat asal kelahirannya iaitu Melaka. Erm, logik jugak kan..

Berbalik pada novel tadi, dalam pengembaraan Mazil ke Eropah ni, dia telah membuat beberapa catatan dan mengirimkan catatannya kepada anak, isteri dan bapa mertuanya. Tapi catatan Mazil ni terhenti selepas beberapa bulan iaitu selepas dia berjumpa dengan seorang wanita. Selepas pada tu, catatan Mazil tidak diterima lagi. Orang yang paling kecewa adalah bapa mertua Mazil kerana beliau sanggup menggadaikan sebidang tanah untuk menampung perbelanjaan menantunya ke sana.

Erm, watak wanita dalam novel ni sengaja diletakkan untuk menamatkan pencarian Mazil pada mitos ni. Tak adilkan, orang selalu menyalahkan wanita disebalik sesuatu kegagalan. Dulu masa saya melawat pelajar dalam latihan industri pun, ahli perniagaan tu cakap benda yang sama. Orang melayu biasanya gagal dalam bisnes sebab perempuan...entahlah....

Berbalik pada kisah Panglima Awang tadi, walaupun tiada manuskrip yang mencatat peristiwa tersebut sama seperti Lagenda Hang Tuah iaitu Pahlawan Terunggul Melayu era kesultanan Melayu Melaka. Tetapi penceritaan kisah tersebut tetap wujud dari generasi ke generasi. Betul tak?

1 comment:

  1. betul..tapi takut ditokok tambah je nk jadikan cerita tu sedap..kesahihannya belum tentu lg..betul x?

    ReplyDelete