Sunday, November 21, 2010
halau kelawar
Sejak dua 3 menjak ni rumah parent saya telah dihuni oleh satu makhluk iaitu 'kelawar'. Dahla, dok free je buat busuk plak tu. Rumah parent saya ni rumah kayu dua tingkat dan agak luas. Cik Kelawar ni dok menumpang kat syiling antara rumah kayu atas dan bawah...Tapi bau busuk kelawar ni sangat teserlah bila kite berada di rumah atas la. Rasanya setakat ni dah 3 ekor kelawar yg saya bunuh guna raket badminton. Kebetulan die tersesat terbang kat dalam rumah. Masa nak pukul kelawar ni takut kesian pn ade, tp terpakse...rimas tengok die terbang2 kat umah kita. Bukan ape takut die salah landing atas kepala plak..huhu..Apa tips nak halau depa ni dr menghuni umah kami ni..Tolongla...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekiranya kelawar bersarang di atas atap rumah. Ini boleh menyebabkan atap rumah menjadi berkarat dan rosak...dan najis kelawar boleh menjejaskan kesihatan kerana kualiti udara dan rumah menjadi kotor.Petua nya ialah:
ReplyDeleteSediakan lampu kalimantang dan letakkan di bumbung rumah.Apabila malam hidupkanlah lampu tersebut,lama kelamaan kelawar akan keluar dari rumah kerana kelawar tidak tahan dengan cahaya.
Dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6356.0