Sejak kebelakangan ni saya agak gemar buat kek coklat. Macam-macam resepi dah saya cuba, tapi kadang-kadang kek nye bantat. Kadang-kadang tu kek menjadi tapi bahan dan cara pembuatannya agak leceh. Selepas membaca satu resepi dari satu blog, saya rasa mudah sgt nk wt kek coklat ni. Reseoinya lebih kurang mcm ni la.
Kek Coklat Lembab Masam Manis
Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
(bole kurangkan sedikit)
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
(Ketiga-tiganya dicampur dan diayak bersama)
Bahan B
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
(Jika tiada ganti dengan secawan air panas)
1 cawan susu pekat manis
(Jika nak kurangkan manis sukat 1/2 cawan lebih je)
1 cawan minyak masak
(Campur semua sekali dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan sambil kacau sampai semuanya sebati)
Bahan C
3 biji telor
(boleh dipukul hingga kembang pakai mixer/ masuk dlm blender je)
Cara memasak
1. Panaskan pengukus. 2. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bahan B dan kacau rata
3. Masukkan larutan telur yang telah dipukul kembang tadi. Kacau sebati semua adunan.
4. Lengserkan loyang dengan majerin dan sedit tepung.
5. Masukkan semua adunan dalam loyang
.(Jika ingin rasa masam manis, masukkan asam keping bulat
tu dalam adunan td)
6. Balut tutup pengukus dengan kain tudung yang telah dilipat empat.(
Tujuannya untuk mengelakkan wap air drpd jatuh ke atas kek. Cara lain boleh tutup loyang dengan aluminium foil)
7. Masukkan loyang yang dah berisi adunan tadi dalam pengukus dan masak selama 1 jam.
Topping kek
1. Cairkan coklat masakan dan sedikit mentega dengan kaedah double boiler atau masukkan dalam
microwave dan panaskan lebih kurang 1 minit.
2. Kuantiti coklat masakan tu bergantung pada saiz loyang. Biasenye dalam 4 bar yang saya guna.
3. Bila kek dah masak, dikeluarkan daripada pengukus dan boleh la tuangkan topping tadi dan sapu ke
semua bahagian hingga rata. Jika nak corak sedikit gunakan garfu untuk membuat corak pd topping.
Selamat mencuba....